Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap kepada anggota rombongan Majlis Agama Islam Narathiwat.
Katanya, bukan sahaja penceroboh Filipina, sebaliknya rakyat juga wajib mempertahankan diri agar tidak menjadi ‘agen’ pencerobohan undang-undang di negara sendiri.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berharap kes pencerobohan itu dapat diselesaikan dengan cara baik antara Filiphina dengan Malaysia.
“Kerajaan yang ada sekarang ini telah menceroboh hak rakyat, iaitu dengan memberikan kad pengenalan kepada orang luar.
“Menceroboh negara sendiri apa lagi pihak luar merupakan jenayah yang amat besar,” ujarnya kepada media selepas meraikan rombongan 35 orang rombongan dari Majlis Agama Islam Narathiwat di kediaman rasmi, JKR 10.
Beliau turut mempersoalkan siapa yang telah mengajar memberikan kad pengenalan kepada mereka yang tidak berhak.
“Bekas perdana menteri sendiri mengakui sebelum ini, tak nak mengakui macam mana sebab ianya memang kenyataan,” ujarnya.
Harakahdaily.net