Sumayyah
binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya
demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya.
Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.
Sumayyah
binti Khayyath adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin
Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal
Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota
Makkah. Kerana banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan
kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.
Hasil
perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniai anak lelaki
yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah,
pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.
Suatu
hari, Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang
kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari
dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali
Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan
ikrar syahadatnya.
Mendapat khabar gembira, Ammar
segera menceritakan kepada ayah bundanya. Berbeza dengan kebanyakan
orang Quraisy yang anti bahkan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah
justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian
mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.
Keislamanan yang awalnya
disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa
keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu
Hudzaifah. la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali
kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun
ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka.
Seperti yang dialami oleh golongan
awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak
sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga
mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya
penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan
kejam melampaui batasan kemanusiaan.
Orang yang paling kejam menyeksa
mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada
kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang
merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus
dengan pasir yang sangat panas.
Seakan belum puas hati, dada
Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat
bernafas. Lalu mereka memaks Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala
nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan
keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa,
iaitu syurga.
Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus
mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk,
disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar
dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga
sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.
Suatu hari ketika Ammar sudah tidak
mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah
s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan
sokongan lantas berseru, "Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempatyang
dijanjikan bagi kalian adalah syurga."
Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.
Ketika berada dalam keadaan sedar,
tidak ada satu pun kalimat yang teriontar dari mulut ketiganya kecuali
kalimat "Ahad..Ahad.." seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini
semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan
keimanan mereka.
Hingga suatu ketika, orang Quraisy
berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan
membunuh Sumayyah. Adalah Abu Jahal yang melaksanakan perbuatan keji
tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah
mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak tersebut
menembusi dada Sumayyah.
Menjelang wafatnya, tidak sedetik
pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol
ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah.
la rela mengorbankan segala-galanya, termasukjiwa dan raganya demi
Islam.
Sumayyah binti Khayyath syahid
dengan meninggalkan teladan yang luar biasa. Tidak hairan ia menjadi
wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya. "Apakah
manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami
telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi?" (Surah Al Ankabut, ayat
2).
anda juga mungkin meminati-
anda juga mungkin meminati-



