Sunday, 24 February 2013

HOTEL2-YANG-ADA-HANTUUUUU

1. Hotel Hollywood Roosevelt, Amerika Syarikat

Hotel ini menjadi tempat pertama penyelenggaraan Academy Awards pada tahun 1929. Desas desus mengatakan sesiapa yang menginap hotel ini akan ternampak dengan penampakan bintang pop Marilyn Monroe dan aktor Montgomery Clift.
Montgomery Clift
Marilyn Monroe
2. Hotel Burchianti, Italia

Hotel ini pada abad ke 20 sangat popular bagi artis. Mereka yang menginap di hotel ini pernah melihat penampakan dua kanak-kanak kecil sedang melompat menyusuri lorong dan melihat kelibat perempuan tua sedang duduk di kerusi goyang.

3. Hotel Stanley, Amerika Syarikat

 

Hotel ini telah dibina pada tahun 1909 lagi, hotel ini kerap dijadikan tempat pembikinan filem horor klasik. Pemilik hotel ini sendiri telah mendengar suara kanak-kanak bermain dan menjumpai seorang wanita yang mati kedinginan di basement dan wanita itu kadang-kadang berkeliaran di dalam hotel ini.
4. Hotel Grand Hyatt, Taiwan


Terletak di pusat perniagaan, membeli-belah dan hiburan di Taipei, Hotel Mewah Grand Hyatt dikenali penduduk tempatan sebagai hotel berhantu. Dipercayai dibina di atas tanah bekas penjara tahanan politik di masa perang di mana banyak orang dihukum bunuh. Sejak itu hotel ini menjadi tempat bagi sejumlah hantu. Oleh itu, sutera China menghiasi pintu masuk hotel, dan lobi ditata dengan gulungan suci. 

5. Hotel Langham, London



Terletak di daerah barat London yang mewah, hotel lima bintang ini telah menjadi rumah bagi beberapa tetamu terkenal iaitu George Orwell, Mark Twain dan Charles deGaulle. Satu hal yang menjadi perhatian dari hotel ini adalah, munculnya hantu Maharaja Napoleon III dan seorang putera Jerman yang mati membunuh diri dari tingkat empat yang dilihat oleh wartawan BBC selepas Perang Dunia II. Khabarnya, bilik 333 menjadi bilik hantu berkumpul. 
6. Hotel Russel, Australia

Berada di The Rocks berhampiran dengan Circular Quay di Sydney, hotel bersejarah ini katanya menjadi tempat tinggal hantu seorang pelaut kuno dari era kolonial. Seorang tetamu yang menginap di bilik nombor 8 melaporkan, penampakan pelaut yang berkeliaran di koridor sebelum menghilangkan diri. 

7. Hotel Del Coronado, Amerika Syarikat

Hotel ini terletak 28 hektar dari garis pantai Pasifik di San Diego, California, resort mewah ini juga menjadi subjek dari misteri pembunuhan Kate Morgan yang ditemui meninggal di tangga hotel pada tahun 1892. Setelah itu, beberapa tetamu mendengar suara-suara aneh dan penampakan asap di bilik Kate Morgan pernah menginap. 

8. Hotel Fairmontt Banff Springs, Kanada

Hotel indah yang terletak di pergunungan Rocky ini, dilaporkan menjadi tempat munculnya hantu pegawai hotel, iaitu seorang 'Tukang angkut' yang meninggal setelah mengumumkan akan bersara pada 1967Beberapa tetamu dan ahli-ahli kakitangan mendakwa melihat satu manusia berseragam lengkap, membantu para tetamu dan seorang pengantin muda yang meninggal dunia di hotel pada hari pernikahannya juga berkeliaran di dalam hotel indah ini. 

9. Hotel BallyGally Castle, Irlandia Utara

Dibina pada tahun 1625, Ballygally Castle kemudian diubah menjadi hotel, dan bekas Lady di istana, Isobel Shaw terus menakut-nakutkan tetamu dengan mengetuk-ngetuk bilik yang berbeza, sebelum menghilangkan diri. Isobel didapati meninggal dunia kerana membunuh diri dengan melompat dari jendela kamarnya akibat suami beliau mengucinya hingga kelaparan. 

10. Hotel El Convento, Puerto Rico


Awalnya rumah seorang janda perang, Dona Ana yang juga seorang bangsawansebelum menjadi biara bagi rumah para biarawati tempatan. Harta ini kemudian berubah fungsi menjadi hotel pada tahun 1960-an dan secara kekal dibuka sebagai hotel pada 1995. Suara berdehem seram sering terdengar, dan jubah biarawati sering ternampak oleh para pengunjung. Bahkan, beberapa tetamu mengaku dibangunkan oleh hantu Dona Ana jika mereka tidur terlambat.