
Dari apa yg saya baca,Melayu/Mala/Malai
bermaksud gunung,jadi melayu bermaksud bangsa gunung,lagipun bukan ke
bangsa Melayu/malai/mala dari keturunan Nabi Ibrahim a.s.,jadi x
mustahil bangsa Melayu ni berasal dari salah satu kaum Bani Israel yang
hilang.nak tahu mengenai sejarah2 dan rahsia2 bangsa
Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung yg berasal/dilahirkan dari ibunda
Keturah/Qeturah,isteri nabi Ibrahim yg berasal dari kerajaan melayu
kemboja purba serta hubung kait bangsa Melayu dengan salah satu kaum
bani Israel yg hilang dah telah mendapat hidayah Allah SWT dan akan
menentang kaum2 Bani Israel yg sesat aka bangsa yahudi kat negara haram
israel sekrang di Tanah Yang Dijanjikan.
BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)
Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi?Bagi Yahudi
Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun.Jika ada,hanyalah
untuk menjejak sejarah mereka sahaja.Tetapi bagi Yahudi Zionis,teramat
perlu.KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB
AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM ALQURAN.Mengikut daftar bangsa yang
hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno,terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu:
1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin
Di dalam 12 puak yang hilang ini,hanya keturunan Nabi Yusuf a.s.
sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi.Keturunan Nabi Yusof a.s
menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim.Mengikut satu
kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk
ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.Di
dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula,ada mencatatkan golongan Manasseh
(anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat
(Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian,
terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya,
Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit
Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western
Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit
Hawaii.
Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka
(bercanggahan dengan prinsip ‘lost tribe’). Termasuk di Afghanistan dan
Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan
Pakistan Utara – sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan
Russia).Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama Ralph
Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis
menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang
Manasseh ‘the lost tribe’. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif.
Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of
Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian
DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh
adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan
lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah
keturunan Bani Israel mereka.MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG
SEBENAR,LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu
kepada kitab Yahudi tua bahwa ‘lost tribe’ dari kalangan Manasseh (anak
Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi
dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga
memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada
orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis
mengenai Imam Mahdi.
Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu
lagi,sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga
adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu
terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada
2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang
dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di
UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA
Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa
Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!
Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran.Orang
Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno)
tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang ‘the
lost tribe’ ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan
dengan apa yang dibincangkan sebelum ini.Kenapa Ralph Olssen menyebut
Tanah Melayu ini ‘Bumi Mala’?Apakah yang diceritakan di dalam manukrip
kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung
dunia?
Dari mana salsilah “Melayu” . Yahudi memburu saki baki keturunan Nabi Yusuf? . Kenapa? .
MAHADI berasal dari darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishak+Ismail+ “Q” ?? . Apakah itu “3Mim” ?
Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism… kenapa?
MELAYU – JAWI
Siapakah Melayu? Darimanakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai
pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of
Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari
siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di
dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari
mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah
paling selatan benua Asia, ‘di penghujung dunia’. Bangsa yang hilang
masih tidur dan ditidurkan. ‘Di hujung dunia’, setelah penat mengembara,
bangsa misteri berehat dan berehat… tidur dengan lenanya… senyap sunyi
tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak
bangsa misteri, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka…dimanakah
bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka?Masih adakah masa lagi
untuk menjejaki mereka?
‘Dihujung Dunia’ bangsa ini masih nyenyak tidur!
Keturah, Ibu Melayu
Dalam Kitab Perjanjian Lama ada dibabadkan perihal Keturah yakni
wanita yang dinikahi oleh Ibrahim selepas kematian Sarah. Menerusi
perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran,
Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.
Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat
Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim
melalui zuriatnya dengan Keturah ini.
Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang (yang
saya curi-curi baca sewaktu berusia 12 tahun), ada kemungkinan juga
bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama
kerajaan Chaldea tempat asal Ibrahim. Ada juga pendapat menyatakan
bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.
Orang Melayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain
tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai Bani Jawi.
Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja
sebelum kedatangan Ibrahim ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah
orang Malai.
Apa maknanya semua ini?
Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang sama.
Tapi… siapakah Keturah??
Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri
ketiga Nabi Ibrahim a.s.Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah
merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari
kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi
Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah
dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran,
Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah .
Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu.Melayu
diambil dari perkataan ‘Mala’ (nama bangsa asas Keturah).Lihat, nama ini
sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph
Olssen.
Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di
Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua
tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi
dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno
dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu.Jawa dan Bugis
juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah
agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.Jawi dikatakan ada
perkaitan dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s .Levi merupakan
ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan
Bani Israel.Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota
purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji
bangsa Mala semakin kuat.INGAT, YAHUDI/BANI ISRAIL BUKANLAH MELAYU
TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA
SILAM.
Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu,
Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA + (YANG
MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S) .Sekiranya kita lihat
orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil
dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan,
Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala.DNA
bagi bangsa ini adalah 01m-19a.Ini menerangkan Keturah mungkin berasal
dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi
Ibrahim a.s.(ada versi yang mengaitkan ‘Mala’ dengan ‘Mon’ tetapi ini
bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini
bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat
‘benang-benang merah’ sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses
asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina, perlu
diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan,
perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di
Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya jadi orang Mon pada hari
ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran
etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari
kerajaan purba mereka yang dinamakan ‘Suvarnabhumi’-menunjukkan mereka
mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka)
Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai
persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di
semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan)
lebih bijak dan segak,ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi
Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor,Perak,Johor dll
serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun
Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca
perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s.Jadi jika kita
menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari
kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih
kompleks,merangkumi persoalan Ophir,Tanah Punt (The Land of Gods-nenek
moyang Firaun Purba),kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua
dari era Nabi Ibrahim a.s dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum
Banjir Besar,Lemuria dan Atlantis. INI ADALAH KISAH YANG LAIN.MISTERI
YANG LAIN.
Jawab soalan ini.Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap
Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran
Golden Chersonese (Semenanjung Emas) padahal mengikut sejarah moden
orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi
penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland? Ada misteri di
situ.Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia
berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang
sama,dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani.Sebahagiannya
dari era Firaun kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang
terkenal,yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba)
Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai ‘benang-benang merah’
dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak
Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di
Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum
Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu,
Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan
Amerika Latin.
Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal
daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?)
berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah
dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an
lagi.Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi
Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak,atau
bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).
Kambuja,Aryan,Mala,Manessah,suku Sakya dan Buddha
Bangsa Mala itu memang bukan dari Yahudi.Perlu diingat Yahudi itu
dari lelaki bernama Yehudah(Anak Nabi Yaakob a.s yang berkomplot dengan
abangnya Shimon(Simeon) untuk membunuh Nabi Yusof a.s).Sedangkan kan
hipothesis dari Dr.Ralp Olsen mengatakan Bangsa Mala ini dari Bani
Menasseh anak kpd Nabi Yusof a.s ini jelas bila kajian DNA telah
dilakukan pada puan ‘Bnaei Menasseh’ di daerah Assam, Burma telah
mengesahkan mereka ada DNA bangsa Israel.Daerah Assam adalah laluan
Mala-Deutro@bani Menasseh yang lari dari peperangan Assyrian yang
membumihanguskan Kota Nineveh kerajaan Judah.Kajian mengatakan bahasa
Melayu juga wujud di daerah Assam.Oleh krn itu,bangsa Mala yg sifatnya
tidak menyenangi ‘Yahudi’ ini memang ada kaitan dengan sirah Nabi Yusof
a.s yang dibuang dlam perigi oleha saudaranya Shimon dan Yehudah.
Disini adalah ditegaskan sekiranya bangsa Mala ada bloodline dengan
bani Menasseh(Keturunan Nabi Yusof a.s@Joseph) maka layak lah digelar
berketurunan Bani Israel bukan Yahudi.Kerana Bani Israel itu bertebaran
luas di bumi ini yang mana ianya lahir dari 12 anak keturunan nabi
Yaakob a.s,sedangkan Yahudi hanya salah satu suku kaum dalam ras bani
Israel.Samalah dlm kes pendita Yahudi kata Nabi Ibrahim a.d itu
Yahudi,lalu Allah tegaskan baginda bukan Yahudi mana tidaknya Yahudi
hanya salah satu suku kaum dari Bani Israel yang wujud lama selepas Nabi
Ibrahim a.s.Seperkara lagi bangsa Israel bertebaran hingga ke bumi
Afrika dan puak Lemba Afrika memang ada genetik Israel dari Bani
Benjamin@Bunyamin adek kpd Nabi Yusof a.s malahan di Cina pun ada
keturunan Isarel yang dah bercampur dgn bangsa Cina iaitu Puak Cina
Kaifeng.
Jadi Lost Tribe Israel memang lari ke sebelah Asia melalui ‘Laluan
Sutera’ untuk turun ke Yunnan,Mekong dan Indochina hinnga terserap dlm
bangsa Mala(Hari ini pegang syariat Nabi Muhammad yakni Islam).Ada yang
terpisah ke China lalu membentuk komuniti Kaifeng.
Jadi bani Israel merangkumi keturunan NabiIbrahim turun kpd Ishak
lalu Yaakob dan turun kepada seluruh 12 anak nabi Yaakob a.s., jadi
pengkhianatan Yahudi (Perisitwa Samiri dan Sapi) adlah pilihan puak
Yahudi itu sendiri tiada kaitan dengan ras Israel lain yang masih
memegang syariat mentauhidkan Allah Taala.
Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk
mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam
Bangsa Mala (rujuk website beliau,link:
http://www.mormonslocation.com).Projek
genome itu dijangka lengkap dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang
khusus utk lost tribe disebelah South East Asia region
(Admin membenarkan sesiapa yang mahu share)
">
LINK-LINK UNTUK RUJUKAN">
https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:8t7Qf7e11MUJ:www.sunstonemagazine.com/pdf/131%252030-34.pdf+malay+mormon&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEEShF48Z-7or5os95q0w0KD8H3_wOD7Sad_VqlyokN1aN8pDU8wEJnITJocZnHH-QGKh9apwnxoi8N6bcUxMMXQZ2HOXmOe8s–NtliF987dgavubAVWO0gphAo3EN38ZHEl4HSzL&sig=AHIEtbRaQOxjKtYGxpwpkiHhqUqwIasuvQ