10. Jamaican – British Yardies
Jamaican-British Yardies adalah kumpulan berasal dari Jamaica yang
berpindah ke England pada tahun 1950-an. Mereka terlibat dalam berbagai
bentuk kekerasan berkumpulan dan dikenali sebagai Yardies. Mereka juga
mengatur organisasi jenayah seperti perdagangan ubatan terlarang dan
berbagai jenayah bersenjata lainnya. Kelompok mafia ini belum mencuba
untuk memasuki sistem perhukuman, oleh kerana itu Yardies dianggap
kurang berpengaruh berbanding kumpulan mafia lain. Dalam setiap
jenayahnua, kumpulan ini menggunakan senjata api, yang merupakan
senjata yang dikawal ketat oleh kerajaan British.
9. The Albanian Mafia
The Albanian Mafia terdiri dari kumpulan organisasi kriminal yang
bertapak di Albania. Kumpulan mafia ini juga aktif di Amerika Syarikat
dan di negara-negara Eropah. Dilaporkan bahawa The Albania Mafia telah
melebarkan jaringannya hingga ke peringat antarabangsa sejak tahun
1980-an lagi. Jenayah yang dilakukan di Albania sendiri bermula sejak
abad ke-15. Di Amerika Syarikat dan England, organisasi ini memiliki
jaringan perdagangan dadah dan seks. Mereka dikenali mudah untuk
melakukan kekerasan sebagai membalas dendam atau sebagai ancaman.
8. The Serbian Mafia
The Serbian Mafia beroperasi lebih dari 10 negara, termasuk Jerman,
Amerika Syarikat, England, dan Perancis. Mereka terlibat dalam berbagai
aktiviti seperti perdagangan dadah, penyeludupan, pembunuhan,
perlindungan jaringan, perjudian, dan pencurian informasi. Mafia ini
memiliki oleh kumpulan utama disebut Vozdovac, Surcin and Zemu yang akan
mengatur kumpulan yang lebih kecil. 30-40% kumpulan mafia ini berada
di Serbia.
7. Israeli Mafia
Israeli Mafia beroperasi di banyak negara dengan pelbagai aktiviti
seperti perdagangan narkotik dan dadah serta perlacuran. Dahulu mafia
ini dihormati dan dikenali kerana perlindungannya, namun sekarang
dikenali sebagai sangat bengis dan tidak akan berfikir dua kali untuk
melakukan pembunuhan. The Russian-Israeli Mafia telah memasuki ke dalam
seluruh bahagian sistem politik di Amerika Syarikat.
6. Mexican Mafia
Mexican Mafia merupakan kumpulan dalam penjara yang sangat kuat di
Amerika Syarikat. Kumpulan mafia ini ditubuhkan pada akhir 1950-an bagi
melindungi para tahanan (anggota kumpulan) dari tahanan lainnya atau
dari petugas penjara. Kumpulan ini terlibat dalam aktiviti pemerasan dan
perdagangan dadah. Sehingga kini organisasi ini setidaknya memiliki
30.000 anggota di seluruh Amerika Syarikat. Anggota kumpulan ini
biasanya menunjukkan tatu yang serupa iaitu bendera Mexico di atas
lingkaran dan pisau bersilang yang terbakar. Dilaporkan bahawa terdapat
150 anggota yang berada di dalam penjara yang memiliki kuasa untuk
memerintahkan pembunuhan dan terdapat tidak kurang 2.000 kumpulan di
luar penjara yang bersiap sedia untuk melaksanakan perintah tersebut.
Mereka jua memaksa kumpulan lain yang lebih lemah untuk membayar wang
perlindungan, bagi yang menolak akan dibunuh.
5. Japanese Yakuza
Japanese Yakuza adalah kumpulan organisasi jenayah yang berasal dari
Jepun, sering menggunakan ancaman dan pemerasan bagi mencapai tujuan
mereka. Organasasi ini dipercayai ditubuhkan sejak abad ke-17. Jari
kelingking yang dipotong merupakan tanda keanggotaan organisasi ini.
Kadang-kala pemotongan jari adalah sebagai tawaran kepada pemimpin
kumpulan sebagai tanda permohonan maaf. Sebahagian anggota mafia ini
memiliki tatu di seluruh bahagian badan. Mafia ini memiliki sekurangnya
110,000 anggota aktif yang berasal dari 2,500 keluarga. Aktiviti
mereka meliputi perlindungan terhadap kumpulan, pengimport material
pornografi yang tidak ditapis dari Eropah dan Amerika, pelacuran dan
pendatang asing.
4. Chinese Triads
Chinese Triads terdiri dari berbagai organisasi jenayah yang
bertumpu di China, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Singapore, dan
selainnya. Mereka juga aktif di New York, Los Angeles, Seattle,
Vancouver dan juga San Fransisco. Aktiviti jenayah mereka meliputi
perompakan, pembunuh upahan, pedagangan dadah, pemerasan, lintah darat
dan banyak lagi. Organisasi ini bermula pada abad ke-18 dan asalnya
bernama Tian Di Hui. Walaupun kekuatan organisasi ini terus meningkat,
namun jenayahnya semakin berkurang. Organisasi ini setidaknya memiliki
30,000 anggota aktif. Organisasi ini juga terlibat dalam pemalsuan mata
wang China.
3. Colombian Drug Cartels
Colombian Drug Cartels ditubuhkan bagi mengawal perdagangan dadah.
Organisasi ini beroperasi di banyak negara. Organisasi ini juga
memiliki banyak sokongan dengan dunia politik, tentera dan golongan
elite secara rahsia. Kumpulan kartel utama yang ada di Colombia
diantaranya adalah the Cali Cartel, Medellin Cartel dan the Norte del
Valle Cartel. Organisasi ini juga terlibat dalam berbagai jenayah
penculikan dan pengganas.
2. Sicilian and American Cosa Nostra
Sicilian and American Cosa Nostra boleh dikatakan sebagai kumpulan
yang masih baru. Mafia ini ditubuhkan pada suku kedua abad ke-19 di
Itali. Walaupun masih berusia “muda”, mafia ini memiliki kemampuan yang
hebat dalam melaksanakan jenayah besar dan mampu meloloskan diri.
Aktiviti mereka meliputi perlindungan ahli, perdagangan dadah dan
senjata. Anggota mafia ini hanya sedikit, berjumlah antara 3,000 hingga
4,000 orang. Namun, anggota-angota mafia ini biasanya berpakatan
dengan pihak-pihak lain diluar kumpulan mereka. Anggota organisasi
biasanya harus menyelesaikan satu tugas yang diberikan kepadanya
sebelum diterima masuk, selalunya mereka akan ditugaskan untuk membunuh
seseorang bagi membuktikan kelayakannya. Setiap anggota organisasi
harus mengikuti peraturan untuk tidak membocorkan mengenai organisasi.
1. Russian Mafia
Russian Mafia yang berakar di Russia ini memiliki pengaruh di
seluruh dunia. Organisasinya diwakili oleh 100,000 hingga 500,000
anggota. Mereka terlibat dalam berbagai jenayah terancang di
negara-negara seperti Israel, Hungary, Spain, Canada, UK, US, Russia
dan banyak lagi. Mereka juga berpindah ke Israel, Amerika, dan Jerman
dengan menggunakan identiti rakyat Jerman atau Yahudi. Aktiviti mereka
meliputi perdagangan dadah dan senjata api, pengeboman, penyelundupan,
pornografi, penipuan internat dan lain-lain lagi. Salah satu peraturan
mereka adalah “tidak akan bekerja sama dengan pihak berkuasa”. Jika ada
anggota yang membocorkan maklumat ketika ditahan oleh pihak polis,
mereka akan dibunuh setelah dibebaskan. Organisasi ini ditakuti kerana
akan membunuh sesiapa sahaja dengan apa jua sebabnya