Sunday 24 February 2013

TEORI-BANGSA-PILIHAN

Golongan Darwinis pada hari ini kebanyakannya mendakwa bahawa Charles Darwin sebenarnya bukan seorang yang rasis, namun gagasan beliau telah disalah tafsir oleh kumpulan rasis demi kepentingan sendiri. Mereka berkeras bahawa tajuk kecil "melalui Pemeliharaan Bangsa Pilihan" dalam buku The Origin of Species hanya merujuk kepada haiwan semata-mata.

Walau bagaimanapun, pihak yang membuat tuntutan sedemikian mengabaikan kenyataan sebenar Darwin berkenaan bangsa manusia di dalam bukunya yang bertajuk The Descent of Man.

Menurut pandangan yang digariskan Darwin di dalam buku itu, bangsa manusia yang berbeza-beza menggambarkan peringkat evolusi yang berlainan di mana perkembangan sebahagian bangsa lebih jauh dan maju. Sebaliknya, sesetengah bangsa pula di tahap yang sama dengan beruk.

Darwin mencadangkan bahawa perjuangan untuk hidup juga berlaku ke atas bangsa-bangsa manusia (lihat Perjuangan Hidup). Sepanjang perjuangan itu, bangsa yang terpilih akan menang. Menurut Darwin, bangsa terpilih yang dimaksudkan ialah bangsa berkulit putih Eropah. Di satu sisi lain, bangsa Asia dan Afrika jauh ketinggalan dalam perjuangan hidup yang berlaku di dunia. Darwin menambah dan menyatakan bahawa tidak lama lagi bangsa-bangsa ini akan kehilangan daya perjuangan sepenuhnya dan akan dihapuskan sama sekali:
Pada suatu ketika nanti, tidak berapa lama lagi, bangsa bertamadun manusia hampir pasti akan menghapus dan menggantikan bangsa primitif di seluruh dunia. Pada masa yang sama, beruk anthropomorphous... pasti akan dihapuskan. Jurang perbezaan di antara manusia dengan sekutu rapatnya akan bertambah luas kerana akan melibatkan campur tangan di antara manusia yang lebih bertamadun dengan beruk sehina babun sebagaimana yang kita harapkan, malah lebih maju berbanding bangsa Kaukasia, berbanding sekarang di antara orang negro atau Australia dengan gorila.1
Dalam satu bab lain The Descent of Man, Darwin mendakwa bahawa bangsa-bangsa yang lemah akan pupus, serta manusia yang maju tidak perlu melindungi dan memastikan kelangsungan hidup golongan yang lemah. Beliau membandingkan keadaan ini dengan penternak haiwan:
Dengan keganasan, yang lemah dari segi fizikal dan minda akan dihapuskan; dan mereka yang selamat selalunya menunjukkan tahap kesihatan yang hebat. Sebaliknya, kita sebagai bangsa yang bertamadun telah berusaha untuk memeriksa proses penyingkiran; kita bina kem-kem tahanan untuk mereka yang bodoh, cacat dan sakit; kita mengadakan undang-undang kemiskinan; dan para pakar perubatan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan nyawa setiap orang sehingga ke saat-saat akhir. … Jadi golongan yang lemah daripada masyarakat bertamadun menyebarkan jenis mereka. Siapapun yang telah mengusahakan penternakan haiwan domestik pasti yakin bahawa ia akan mendatangkan mudarat yang tinggi kepada bangsa manusia.2
Selaras dengan kenyataan-kenyataan itu, Darwin menganggap orang asli Australia dan orang kulit hitam setaraf dengan gorila serta menegaskan bahawa mereka akhirnya akan pupus. Beliau turut menyokong keperluan untuk mencegah kaum lain yang dianggap lemah daripada terus membiak, dan dengan itu mereka perlu dihapuskan. Jadi Darwin bersetuju dan mewajarkan amalan perkauman dan diskriminasi yang masih dapat dilihat pada masa kini.

Menurut fahaman rasis Darwin, tanggungjawab setiap manusia bertamadun adalah untuk mempercepat proses evolusi ini. Itu bermakna tiada lagi alasan saintifik untuk bangsa-bangsa yang mundur tidak dihapuskan segera!

Sisi perkauman Darwin tergambar melalui beberapa penulisan dan analisis beliau. Pada tahun 1871 misalannya, beliau menjelaskan pra-andaian rasisnya berkenaan orang asli Tierra del Fuego yang dilihat semasa pelayaran jauhnya dengan Beagle. Beliau menggambarkan mereka sebagai "bertelanjang, berlumuran warna, makan apa yang didapati seperti haiwan liar, tidak terkawal, ganas terhadap semua orang luar, suka menyeksa musuh, melakukan upacara pengorbanan berdarah, membunuh anak-anak, menyeksa golongan isteri, penuh dengan amalan karut.3

Namun penyelidik W.P. Snow yang telah melawat rantau sama sepuluh tahun lebih awal menyifatkan mereka seperti:
“kelihatan gagah dan kuat, menyayangi anak-anak mereka, mempunyai kraftangan yang berdaya cipta, memiliki pendapat mengenai pemilikan barangan persendirian dan menerima kekuasaan wanita yang lebih tua dalam masyarakat.4
Daripada contoh-contoh di atas, jelas bahawa Darwin ialah seorang yang bersifat perkauman. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Benjamin Farrington, pengarang buku What Darwin Really Said: "Darwin membuat banyak ulasan tentang "ketidaksamaan yang ketara di kalangan bangsa-bangsa manusia" dalam Descent of Man."5

Tambahan pula, teori Darwin menafikan kewujudan Tuhan yang mengakibatkan pengabaian hakikat bahawa manusia adalah satu entiti yang diciptakan oleh Tuhan dan semua manusia dicipta sama rata.

Ini merupakan satu lagi faktor yang mempercepatkan peningkatan perkauman dan penerimaannya di seluruh dunia. Saintis Amerika bernama James Ferguson menyatakan bahawa terdapat hubungan langsung antara penolakan penciptaan dan kebangkitan perkauman:
Antropologi moden akan menjadi latar belakang teori antara dua pemikiran bertentangan mengenai asal-usul manusia. Aliran yang lebih tua dan mantap ialah 'monogenisme' yang meyakini bahawa semua manusia tanpa mengira warna kulit dan ciri-ciri lain berasal dari Adam dan diciptakan oleh Tuhan. Monogenisme telah disebarkan oleh gereja dan telah diterima dengan meluas sehingga abad ke-19, apabila penentang kepada kekuasaan teologi mula menyemarakkan teori 'poligenisme', (teori evolusi) yang mendakwa bahawa komuniti kaum yang berlainan mempunyai asal-usul yang berbeza.6
Ahli antropologi India, Lalita Vidyarthi menerangkan cara teori evolusi Darwin menyuntik rasisme dalam bidang sains sosial:
Teori beliau (Darwin) mengenai kelangsungan hidup golongan terkuat amat diterima di kalangan saintis sosial pada masa itu, dan mereka percaya bahawa manusia telah mencapai pelbagai tingkatan evolusi yang memuncak semasa ketamadunan bangsa berkulit putih. Menjelang separuh kedua abad ke-19, rasisme telah diterima sebagai fakta oleh majoriti saintis Barat.7
Ramai pendokong Darwinis selepas Darwin cuba membuktikan fahaman rasis beliau. Mereka tanpa ragu-ragu melakukan penyelewengan dan penipuan saintifik demi mencapai tujuan tersebut. Mereka menyangka bahawa dengan membuktikan keunggulan sendiri, mereka secara saintifik berjaya menunjukkan keunggulan dan hak untuk menindas, mengeksploit, bahkan memusnahkan bangsa lain sekiranya perlu.

Stephen Jay Gould turut menyatakan bahawa sesetengah ahli antropologi menyelewengkan fakta demi menonjolkan keunggulan bangsa kulit putih. Menurut Gould, selalunya mereka akan menyeleweng hal berkaitan saiz otak tengkorak yang ditemui. Gould menjelaskan dalam satu buku mengenai sebilangan besar ahli antropologi yang percaya bahawa saiz otak dan kecerdasan mempunyai hubungan langsung. Meskipun tiada kriteria yang tepat, mereka sengaja membesar-besarkan saiz otak bangsa Kaukasia khususnya dan menggambarkan otak mereka sebagai lebih besar daripada orang-orang kulit hitam dan orang asli Amerika.8
Bangsa Israel menganggap diri mereka sebagai bangsa pilihan Tuhan sehingga membenarkan mereka membunuh manusia bukan Yahudi. Sumber gambar: http://www2.macleans.ca/2012/10/30/5-98-million/
Gould menggariskan beberapa tuntutan luar biasa yang dibuat oleh Darwinis demi merendah-rendahkan kaum tertentu:
Haeckel dan rakan-rakannya juga membangkitkan rekapitulasi (teori yang kononnya pengulangan proses evolusi semasa pertumbuhan individu] untuk mengukuhkan keunggulan bangsa kulit putih Eropah Utara. Mereka menyelidiki bukti anatomi dan tingkah laku manusia dengan menggunakan segala apa yang mereka dapat dari otak sehinggalah ke pusat. Herbert Spencer menulis bahawa “ciri-ciri intelektual golongan yang tidak bertamadun adalah ciri-ciri yang berulang dalam diri bangsa bertamadun.” Carl Vogt menyatakan hal ini dengan lebh tegas pada tahun 1864: “Dari segi fakulti inteleknya, Negro dewasa adalah sama dengan kanak-kanak”... Sesetengah suku telah mengasaskan negeri, memiliki organisasi yang pelik, namun selainnya, kami berani menyatakan bahawa keseluruhan kaumnya, sama ada dahulu atau sekarang, tidak melakukan apa-apa yang menjurus ke arah pembangunan manusia atau layak dipelihara.9
Dalam tulisannya bertajuk Race et Milieu Social Essais d’Anthroposociologie, ahli antropologi evolusionis berbangsa Perancis bernama Vacher de Lapouge mengetengahkan pandangan bahawa bangsa-bangsa yang bukan berkulit putih adalah keturunan manusia liar yang gagal menyesuaikan diri dengan tamadun, atau kelas masyarakat yang darahnya rosak. Beliau membuat keputusan tersebut berdasarkan ukuran tengkorak golongan atasan dan bawahan di perkuburan masyarakat Paris. Menurut keputusan ini, tengkorak manusia ditentukan sama ada mereka akan menjadi kaya, yakin pada diri sendiri dan memilih kebebasan, manakala selainnya adalah konservatif, cepat berpuas hati dan layak dijadikan hamba. Kelas-kelas adalah produk pembahagian sosial. Kelas-kelas atasan disamakan dengan bangsa yang maju, dan tingkat kekayaan adalah berkadaran terus dengan isipadu tengkorak.

Secara ringkasnya, aspek perkauman teori Darwin mula subur dalam separuh kedua abad ke-19, apabila bangsa kulit putih Eropah mengharapkan teori sedemikian untuk menghalalkan jenayah mereka sendiri.


1 Charles Darwin, The Descent of Man, Edisi Ke-2, New York: A L. Burt Co., 1874, hal. 178.
2 Ibid., hal. 171.
3 Ibid.
4 W. Parker Snow, “A Few Remarks on the Wild Tribes of Tierra del Fuego from Personal Observation,” Transactions of the Ethnological Society of London, Jilid 1, 1861 (1861), hal. 261-267.
5 Benjamin Farrington, What Darwin Really Said, London: Sphere Books, 1971, hal. 54-56.
6 James Ferguson, “The Laboratory of Racism,” New Scientist, Jilid 103, 27 September 1984, hal. 18.
7 Lalita Prasad Vidyarthi, Racism, Science and Pseudo-Science, Unesco, France, France, Vendôme, 1983, hal. 54.
8 Rebekah E. Sutherland, “Social Darwinism,” http://www.rebsutherland.com/SocialDarwinism.htm.
9 Stephen Jay Gould, Ever Since Darwin, New York: W. W. Norton & Company, 1992, hal. 217-218.
 
 
 


 

 
 
 
 
 
 
Share
 

CHARLES DARWIN-SEEKOR-BERUK YANG PANDAI MENIPU


Piltdown Man: Pembohongan Evolusi Manusi

Pada tahun 1912, Charles Dawson, seorang doktor terkenal yang juga merupakan ahli paleontologi amatur, mendakwa telah menemui satu tulang rahang dan serpihan tengkorak dalam sebuah lubang batu berhampiran desa Piltdown di England. Walaupun tulang rahang menyerupai beruk, tetapi gigi dan tengkoraknya menyerupai manusia. Spesimen ini diberi nama Manusia Piltdown (Piltdown Man), dianggarkan berumur 500,000 tahun, dan telah dipamerkan di beberapa buah muzium sebagai bukti evolusi yang paling kukuh. Selama kira-kira 40 tahun, ia menjadi subjek kepada banyak kertas kerja saintifik, analisis dan pembinaan semula. Kira-kira 500 ahli akademik dari pelbagai universiti di seluruh dunia menyediakan tesis kedoktoran berdasarkan subjek Piltdown Man ini.1
Dalam satu lawatan ke Muzium British pada tahun 1935, seorang ahli paleontologi tersohor Amerika bernama H.F. Osborn mengisytiharkan bahawa manusia Piltdown adalah "satu penemuan yang amat luar biasa tentang pra-sejarah manusia, dan menambah "Kita perlu selalu diingatkan bahawa alam penuh dengan paradoks... "2
Pada tahun 1949, Kenneth Oakley dari Jabatan Paleontologi Muzium British memohon kebenaran untuk melaksanakan teknik pentarikhan baru menggunakan ujian fluorida pada beberapa fosil lama. Ujian ke atas Manusia Piltdown telah mendedahkan bahawa tulang rahangnya tidak mengandungi fluorida. Ini menunjukkan bahawa ia berada di bawah tanah tidak lebih daripada beberapa tahun. Bahagian tengkorak juga mengandungi tahap fluorida yang rendah, menjadikannya berusia sekadar beberapa ribu tahun sahaja.
Kronologi siasatan selanjutnya yang dilakukan berdasarkan kaedah fluorida mengesahkan bahawa tengkorak berkenaan hanya berusia beberapa ribu tahun. Turut dibongkar ialah giginya telah digosok, serta artifak kuno yang ditemui bersama fosil tersebut hanyalah bikinan semula yang dibuat dengan perkakasan keluli moden.3
Piltdown Man yang mula ditemukan oleh Charles Dawson pada tahun 1912 diterima sebagai satu penemuan ‘rantaian hilang’ yang hebat oleh golongan evolusionis. Mereka telah menipu dunia selama lebih kurang 40 tahun sebelum pembohongan ini dibongkar sepenuhnya oleh Joseph Weiner pada tahun 1953.
Dengan analisis terperinci yang dilakukan oleh Weiner, penipuan ini terbongkar sepenuhnya pada tahun 1953. Tengkorak itu berusia 500 tahun dan milik manusia, manakala tulang rahangnya adalah kepunyaan orang utan yang baru mati! Gigi tersebut sebenarnya telah ditambah dan sambungannya digosok untuk memberi gambaran yang ianya gigi manusia. Kemudian, semua bahagian telah dilumuri kalium dikromat untuk menjadikannya kelihatan usang. Apabila tulang tersebut diletakkan di dalam asid, lumuran itu pun hilang.
Le Gros Clark, seorang daripada pasukan yang membongkar penipuan tersebut, tidak mampu menyembunyikan rasa hairannya: "bukti lelasan tiruan segera muncul di depan mata. Hakikatnya, ia terlalu ketara sehinggakan dapat dipersoalkan – kenapa mereka gagal mengesannya sebelum ini?"4
Piltdown Man yang telah dipamerkan selama lebih kurang 40 tahun sebelum ini kemudian pantas dikeluarkan dari Muzium British.
1 Malcolm Muggeridge, The End of Christendom, Grand Rapids: Eerdmans, 1980, hal. 59.
2 Stephen Jay Gould, "Piltdown Revisited," Natural History, March 1979, hal. 98.
3 Kenneth Oakley, William Le Gros Clark & J. S, "Piltdown," Meydan Larousse, Vol. 10, hal. 133.
4 Stephen Jay Gould, "Smith Woodward's Folly," New Scientist, hal. 444.

Add URL - Add Your Site To The Index or Suggest Your Favorite

Add URL - Add Your Site To The Index or Suggest Your Favorite

10 wanita paling kejam dalam sejarah dunia.

 
1. Elizabeth Bathory
Born: 1560; Died: 1614



Countess Elizabeth Bathory dianggap pembunuh paling terkenal bersiri dalam sejarah Hungary / Slovakia. Khabar angin telah sebar selama bertahun-tahun tentang hilang gadis petani; menawarkan kerja di istana, mereka tidak pernah dilihat lagi. Salah satu khabar angin ini sampai ke telinga Raja Mathias II, yang menghantar pihak lelaki kepada Csejthe Istana besar-besaran.

Pihak pengintip mendapati seorang gadis mati dan satu nazak,ditemui lagi cedera dan lain-lain dikunci. Digambarkan kekejaman, yang dikutip dari keterangan saksi, termasuk; dipukul teruk dalam tempoh masa yang panjang, penggunaan jarum, pembakaran atau pencacatan tangan, ada juga muka dan kemaluan, menggigit pipi, tangan dan lain-lain bahagian badan, dan kebuluran mangsa.
Jumlah mangsa dianggap dalam beratus-ratus orang yang berlaku dalam tempoh 25 tahun. Disebabkan status sosial dia tidak pernah dibawa ke mahkamah tetapi masih di bawah tahanan rumah di dalam bilik tunggal sehingga kematiannya. Idea bahawa Countess bermandikan darah mangsa beliau adalah cerita rakyat, dan salah satu daripada beberapa perkara yang dia ketahui.


2. Katherine Knight
Born: 1956



Wanita pertama Australia telah dihukum seumur tanpa parol, Katherine Knight mempunyai sejarah keganasan dalam perhubungan kekeluargaan. Satu hubungan yang panas dengan bekas suaminya John Charles Thomas Price menjadi pengetahuan umum dengan Perintah Keganasan diberkas bahawa Price telah difailkan terhadap Knight dan berakhir dengan menikam Price Knight hingga mati dengan pisau daging. Beliau telah menikam sekurang-kurangnya 37 kali, kedua-dua depan dan belakang, dengan banyak luka yang menembusi organ-organ penting. Beliau kemudian menyiat kulit suaminya dan menggantungnya di raung tamu. Memotong kepalanya dan memasukkannya ke dalam periuk sup, bakar punggung beliau, dan memasak anggota badan suami dan dihidang untuk anak-anaknya, bernasib baik ditemui oleh polis sebelum mereka tiba di rumah.


3. Irma Grese(1923-1945)

Satu lagi produk penyelesaian yang terakhir Nazi, Irma Grese atau "Bitch Belsen" adalah seorang pengawal di kem-kem tahanan Ravensbrück, Auschwitz dan Bergen-Belsen. Dipindahkan ke Auschwitz pada tahun 1943, (dia telah menunjukkan semangat tertentu dan dedikasi untuk kerja), dia telah dinaikkan pangkat kepada Penyelia Kanan, perempuan ke-2 tertinggi kedudukan dalam kem, menjelang akhir tahun.Dalam bertanggungjawab bagi mengawal lebih 30,000 banduan wanita Yahudi, Irma melakukan kekejaman dengan menyeksa banduan seperti membiarkan anjing mengigit banduan sehingga mati, membunuh dan merotan. Irma Grese juga telah menembak banduan dengan bebas, menghantar banduan kedalam bilik gas beracun yang mengakibatkan banyak banduan yang mati dan mengalami masalah mental dan fizikal.

4. Ilse Koch(1906-1967)



Dikenali dengan jolokan"Die Hexe von Buchenwald" Witch Buchenwald, atau "Buchenwälder Schlampe" Bitch Buchenwald, IIse Koch adalah isteri Karl Koch, komander kem-kem tahanan Buchenwald 1937-1941, dan Majdanek 1941-1943. Ilse Koch, sangat gila kuasa  yang diberikan oleh suaminya, dia bebas menyeksa tahanan dengan kejam. Dia membunuh diri dengan menggantung dirinya di penjara wanita Aichach pada 1 September 1967.


5. Mary Ann Cotton(1832-1873)



Wanita Inggeris Mary Ann Cotton merupakan satu lagi pembunuh bersiri untuk keuntungan dari duit insuran. Berkahwin pada 20 umur dengan William Mowbray, pasangan pengantin menetap di Plymouth, Devon. Pasangan itu mempunyai lima orang anak, empat daripadanya meninggal dunia akibat 'demam gastrik dan sakit perut'. berpindah balik ke utara-timur, tragedi seolah-olah mengikuti mereka; tiga lagi anak-anak yang dilahirkan juga meninggal dunia.

William suami Mary juga mati akibat 'gangguan usus' pada bulan Januari 1865. British Prudential segera membayar dividen £ 35. Suaminya yang kedua, George Ward juga meninggal dunia akibat masalah usus serta salah satu anaknya juga meninggal.

Akhbar tempatan mendapati bahawa Mary Ann sering berpindah sekitar utara England, dia kehilangan tiga suami, kekasih, kawan, ibunya dan anak-anaknya, semua mati dengan masalah dalam perut. Pihak berkuasa menyiasat kes Mary Ann dan menganggap sesuatu yang tidak kena dengan keluarga itu. Mary Ann ditangkap disyaki meracun mangsa untuk dapatkan duit insuran.
Beliau telah digantung di Durham County pada 24 Mac, 1873, atas pembunuhan dengan racun arsenik.


6. Belle Gunness(1859-1931)



Merupakan pembunuh bersiri yang paling kejam di Amerika Syarikat. Dia berasal dari Norway dan telah berhijrah ke Amerika Syarikat. Ramai beranggapan bahawa kematian 2 orang suami dan anaknya adalah sebab dibunuh oleh Belle.

Motif utama pembunuhan Belle adalah untuk pampasan insurans. Terdapat laporan bahawa Belle telah membunuh lebih dari 20 orang dalam masa beberapa tahun. Belle Gunness merupakan wanita kejam didalam kes jenayah AS.


7. Beverly Allitt(1968-)



Merupakan seorang jururawat bahagian pediatrik di British yang juga dikenali sebagai ‘Angel Of Death’. Dia telah menyeksa dan membunuh 4 orang kanak2 di bahagian pediatrik di Hospital Grantham dan Kesteven. Cara pembunuhan Beverly adalah dengan menyuntik kalium dan insulin sehingga menyebabkan mangsa mengalami kardioplegik.

Jika tiada alat penyuntikan, Beverly akan mencekik mangsa tersebut sehingga mati. Sebelum perbicaraan, Beverly telah mengancam untuk membunuh 13 orang kanak2 dalam masa 58 hari dan ancaman ini telah mengorbankan lebih 4 kanak2.

Tiada siapa pun tahu tujuan Beverly melakukan pembunuhan. Tetapi ada yang mengatakan bahawa dia menghidap sindrom Munchhausen yang mengakibatkan perbuatan kejamnya itu.


8. Isabella dari Castlile(1451-1504)



Seperti yang diketahui ramai, Isabella merupakan penaja utama kepada Christopher Columbus untuk menyeberangi lautan Atlantik dan sampai ke Amerika Syarikat.Walaupun nampak baik, tetapi Isabela merupakan seorang ratu yang anti Islam dan Yahudi.

Pada tahun 1942, Isabela telah mengeluarkan akta pengusiran dan pembunuhan umat islam dan yahudi di Sepanyol. Pada masa itu, lebih 200 ribu orang yang meninggalkan Sepanyol manakala penduduk lain menukar agama. Pada tahun 1974, Paus Paul IV telah mengadakan upacara kerahmatan untuk Isabella bertujuan supaya roh Isabella dapat menuju ke arah kesucian


9. Myra Hindley(1942-2002)



Myra Hindley dan temannya iaitu Brady merupakan pembunuh bersiri yang terkenal zaman tersebut. Brady dan Hindley telah menculik 3 orang budak yang berumur diantara 10-12 tahun dan juga 2 orang remaja yang masing masing berumur 16 dan 17 tahun dari Manchester lalu melakukan penderaan terhadap mereka sebelum membunuh mereka.
Brady dan Hindley merakamkan jeritan mangsa pada audio kemudian menyimpan audio tersebut.


10. Jiang Qing 1914 - 1991



Jiang Qing adalah isteri kepada Mao Tse-tung seorang diktator komunis di China.Kerana kepintarannya menyusun gerakan dia mendapat jawatan yang paling berkuasa didalam parti komunis (berkuasa seperti Presiden). Dipercayai bahawa dialah dalang disebalik Revolusi Budaya China (dimana dia menjadi wakil pemimpin). Jutaan orang di China dilaporkan mengalami penyeksaan hak-hak asasi selama Revolusi Budaya. Jutaan yg lain juga dipecat secara paksa. Jumlah korban kematian, baik dari orang barat dan orang timur sekitar 500.000 dalam kekacauan pada tahun 1966-1969 tetapi menganggarkan peristiwa tersebut menjadi 3 juta dari 36 juta orang yang dianiaya.

10 air terjun tercantik di dunia









Air Terjun Niagara terletak di sempadan Canada dan USA. Walaupun bukan dalam kategori tertinggi atau terlebar, namun ia dianggap air terjun tercantik terdapat di mukabumi. Menjadi tarikan pelancong paling popular, Air Terjun Niagara juga dikenali sebagai "Honeymoon Capital of the World".





Dengan ketinggian 979 meter, Air Terjun Angel di Venezuela merupakan air terjun paling tinggi di dunia. Memandangkan tiada perhubungan jalanraya, ia hanya dapat dilawati dengan menggunakan bot atau ekspedisi berjalan-kaki.



Salah satu air terjun paling hebat dan indah, Iguazu Falls terletak di antara sempadan Brazil dan Argentina. Ia terdiri dari 275 buah air terjun yang terpisah antara satu sama lain sepanjang 2.5 batu dengan ketinggian 269 kaki.




Menjadi tarikan utama pelancong ke benua Afrika, Air Terjun Victoria adalah antara paling cantik di dunia. Airnya yang menderu turun membasahi hutan hijau berserta kehadiran hidupan liar menimbulkan satu pemandangan yang mengasyikkan.



Air terjun terbesar di benua Eropah dan tercantik di Iceland, Gullfoss Falls menjadi bualan dalam cerita dan misteri masyarakat tempatan. Ia juga punca pembentukan 'Golden Circle', tempat di mana terdapat kumpulan geiser (pancutan air panas) dan kolam air panas yang menjadi tumpuan pelancong.



Sesuai dengan namanya, Upside Down Falls yang terletak di Gunung Konahuanu, pulau Oahu, Hawaiisangat unik. Ini kerana apabila menerima hujan yang mencukupi, air terjunnya hanya sempat turun beberapa meter sahaja. Angin kencang di kawasan gunung akan meniup air yang turun ke bawah menjadi titisan kecil berterbangan ke atas.



Berkemungkinan paling kerap dikunjungi, malah tercantik di Asia, Nachi Falls merupakan sebahagian dari 48 rangkaian air terjun yang mengalir deras dari Gunung Nachi, Jepun. Dengan ketinggian 400 kaki, ia juga menjadi air terjun tertinggi di negara matahari terbit tersebut.



Kerap dipaparkan dalam poskad sebagai tarikan destinasi pelancongan benua Eropah, keindahanGiessbach Waterfalls di Switzerland kekal popular hingga ke hari ini. Pemandangan bertambah indah bila ia dikelilingi oleh tasik berair jernih bak kristal dan gunung ganang yang diliputi salji.



Lower Falls berada di tepi sungai Yellowstone dalam kawasan terkenal Grand Canyon, USA. Dengan dikelilingi oleh batu-batu gunung berapi dan kawasan pergunungan, ia menawarkan pemandangan yang cukup indah.



Aspat River Falls terletak di kawasan iklim sejuk daerah Kodar, Russia. Pengunjung yang datang ke sini akan terpukau dengan keindahan rupabentuk air terjunnya. Kerana memiliki permukaan cerun yang curam, Stalin pernah mendirikan kem tahanan di sekitar kawasan tersebut

5-AREA-BERHANTU-YANG-CANTIKKKK

5. Waverly Hills

Waverly Hills hospital building in original is a 2 floor of the timber is opened 1910 but a larger building made of brick and concrete structures such as the current year was completed in 1926. The hospital is dedicated to patient care is a TBC, a disease that affects quite common in the early 20th century.

4. The Queen Mary

Old luxury ship that is reputedly quite haunted, according to many people who have worked and visited the vessels.
After the ship was a luxury and is renowned the end a sail boat was bought by Queen Mary of Long Beach California in 1967 and was changed into a hotel.



3. Eastern State
Prison, Eastern State is a favorite place for ghost hunters and the general public since opened to the public.
Built in 1829, the structure nuances Gothic building originally built the imposing 250 for holding prisoners in solitary sel2. But when actively in use, the prison can accommodate up to 1,700 prisoners. As a place that has a high emotional stress, suffering and death, the prison eventually become possessed.


2. London Tower
London tower, one of the most historic building in the world famous and well maintained, can be categorized as one of the most haunted places in the world.
This is due in by the number of executions, murders and torture that occurred in the tower during the last 1000 years.


1. Myrtles
Built in 1796 by General David Bradford, an old house in this tell some ghost be curious. According to some researchers as much as 10 murders occurred in the house but other researchers, such as Troy Taylor and David Wisehart only 1 confirmed that the murder occurred at the Myrtles.

Jalan Paling Berhantu Di Dunia


Tuen Mun Road – Hong Kong

Dianggap sebagai salah satu jalan paling maut di dunia, jalan Tuen Mun telah banyak mengorbankan mangsanya selama bertahun-tahun. Jalan ini adalah jalan paling penting dan salah satu jalan paling banyak dilalui di Hong Kong. Tuen Mun Road dihantui oleh mereka yang telah terkorban di jalan itu. Dikatakan mereka melangkah ke lalu lintas, menyebabkan pemandu sering terbabas dari jalan yang mengakibatkan kemalangan dan kematian. Korban-korban baru ini pula kemudiannya menghantui kembali dan menyebabkan kemalangan.



A229 – United Kingdom

The A229 dari Kent ke Sussex memiliki dua hantu terkenal. Yang pertama dikatakan sebagai seorang wanita bernama Judith Langham, yang terbunuh di jalan pada hari perkahwinannya pada tahun 1965. Dia muncul di jalan dalam gaun putihnya dan kemudian menghilang. Hantu kedua adalah hantu yang sering menumpang kereta dan berbual tentang semua hal dengan pemandu kereta . Setelah pemandu tiba di destinasinya, hantu ini menghilang.




Bloodspoint Road – Illinois, Amerika Syarikat

Bloodspoint hanyalah salah satu dari beberapa jalan yang merentasi seluruh Boone County, Illinois. Jalan ini telah menyaksikan pembunuhan, bunuh diri, dan bahkan seorang kanak-kanak yang pernah digilis kereta api. Beberapa pelajar sekolah juga pernah maut ketika bas terbabas dari jambatan di daerah ini.




M6 –United Kingdom

M6 di UK telah wujud selama hampir 2000 tahun, justeru tidak menghairankan terdapat lagenda seram disampaikan dari waktu ke waktu. Jalan itu pernah digunakan oleh tentera selama penjajahan Rom di UK, dan sehingga kini dikatakan roh tentera Rom masih terlihat di sepanjang jalan dan berjalan melalui lalu lintas. Ada juga trak hantu yang berjalan melawan arus lalu lintas serta hantu seorang wanita di sepanjang sisi jalan.




Boy Scout Lane – Wisconsin, Amerika Syarikat

Menurut cerita, sebuah pasukan pengakap kanak-kanak pada akhir 1950-an atau awal 1960-an menyertai sebuah ekspedisi di kawasan ini. Ketika mereka tidur di sekitar unggun api, salah seorang peserta lelaki dengan sengaja membakar kawasan perkhemahan itu yang menyebabkan kebakaran hutan dan mengorbankan seluruh pasukan. Meskipun tidak ada catatan atau bukti nyata dari setiap kejadian tersebut pada Boy Scout Lane, tetapi terdapat banyak cerita tentang kegiatan paranormal dan kemunculan hantu di kawasan ini.




A75 Kinmont – Scotland

Digelar sebagai “jalan hantu,” jalan di barat daya Scotland ini telah menjadi tempat ratusan kes penampakan hantu yang tidak dapat dijelaskan. Banyak pemandu telah dilaporkan dapat melihat beberapa hantu berjalan di depan kenderaan mereka, burung-burung terbang ke cermin hadapan kereta dan kemudian menghilang, orang berjalan ke arah kenderaan dan makhluk menyeramkan lainnya (termasuk kambing, anjing liar dan kucing) yang muncul entah dari mana.



N9 – Afrika Selatan

Bahagian jalan di antara Uniondale dan Willowmore dikenali sebagai Hitchhiker Uniondale Phantom ini sangat sinonim dengan hantu yang dikenali sebagai Roux Charlotte Marie, iaitu seorang gadis yang maut dalam kemalangan kereta pada tahun 1968. Sejak itu, hantu Roux Charlotte Marie dikatakan sering menjadi penumpang belakang kenderaan yang melalui jalan itu, dan kemudian menghilang secara misteri.




Annie Road – New Jersey, Amerika Syarikat

Jalan ini dikatakan dihantui oleh seorang wanita yang memakai gaun putih dan biru. Wanita itu dikenali sebagai Annie, dikatakan maut setelah kepalanya dipenggal pada malam perkahwinannya dan mayatnya telah diseret sepanjang jalan. Pemandu yang melalui jalan itu pada tengah malam mendakwa mereka dapat melihat hantunya berjalan sepanjang jalan, dan selalunya muncul pada ulang tahun kematiannya pada setiap tahun .



Terowong Belchen – Swiss

Terowong ini merupakan sebahagian dari jalan tol A2 dari Basel ke Chiasso. Jalan ini terkenal dengan kemunculan hantu wanita yang memakai pakaian putih dan sering melintas di depan kenderaan malah kadang-kadang berbual dengan pemandu kenderaan di situ.

HOTEL2-YANG-ADA-HANTUUUUU

1. Hotel Hollywood Roosevelt, Amerika Syarikat

Hotel ini menjadi tempat pertama penyelenggaraan Academy Awards pada tahun 1929. Desas desus mengatakan sesiapa yang menginap hotel ini akan ternampak dengan penampakan bintang pop Marilyn Monroe dan aktor Montgomery Clift.
Montgomery Clift
Marilyn Monroe
2. Hotel Burchianti, Italia

Hotel ini pada abad ke 20 sangat popular bagi artis. Mereka yang menginap di hotel ini pernah melihat penampakan dua kanak-kanak kecil sedang melompat menyusuri lorong dan melihat kelibat perempuan tua sedang duduk di kerusi goyang.

3. Hotel Stanley, Amerika Syarikat

 

Hotel ini telah dibina pada tahun 1909 lagi, hotel ini kerap dijadikan tempat pembikinan filem horor klasik. Pemilik hotel ini sendiri telah mendengar suara kanak-kanak bermain dan menjumpai seorang wanita yang mati kedinginan di basement dan wanita itu kadang-kadang berkeliaran di dalam hotel ini.
4. Hotel Grand Hyatt, Taiwan


Terletak di pusat perniagaan, membeli-belah dan hiburan di Taipei, Hotel Mewah Grand Hyatt dikenali penduduk tempatan sebagai hotel berhantu. Dipercayai dibina di atas tanah bekas penjara tahanan politik di masa perang di mana banyak orang dihukum bunuh. Sejak itu hotel ini menjadi tempat bagi sejumlah hantu. Oleh itu, sutera China menghiasi pintu masuk hotel, dan lobi ditata dengan gulungan suci. 

5. Hotel Langham, London



Terletak di daerah barat London yang mewah, hotel lima bintang ini telah menjadi rumah bagi beberapa tetamu terkenal iaitu George Orwell, Mark Twain dan Charles deGaulle. Satu hal yang menjadi perhatian dari hotel ini adalah, munculnya hantu Maharaja Napoleon III dan seorang putera Jerman yang mati membunuh diri dari tingkat empat yang dilihat oleh wartawan BBC selepas Perang Dunia II. Khabarnya, bilik 333 menjadi bilik hantu berkumpul. 
6. Hotel Russel, Australia

Berada di The Rocks berhampiran dengan Circular Quay di Sydney, hotel bersejarah ini katanya menjadi tempat tinggal hantu seorang pelaut kuno dari era kolonial. Seorang tetamu yang menginap di bilik nombor 8 melaporkan, penampakan pelaut yang berkeliaran di koridor sebelum menghilangkan diri. 

7. Hotel Del Coronado, Amerika Syarikat

Hotel ini terletak 28 hektar dari garis pantai Pasifik di San Diego, California, resort mewah ini juga menjadi subjek dari misteri pembunuhan Kate Morgan yang ditemui meninggal di tangga hotel pada tahun 1892. Setelah itu, beberapa tetamu mendengar suara-suara aneh dan penampakan asap di bilik Kate Morgan pernah menginap. 

8. Hotel Fairmontt Banff Springs, Kanada

Hotel indah yang terletak di pergunungan Rocky ini, dilaporkan menjadi tempat munculnya hantu pegawai hotel, iaitu seorang 'Tukang angkut' yang meninggal setelah mengumumkan akan bersara pada 1967Beberapa tetamu dan ahli-ahli kakitangan mendakwa melihat satu manusia berseragam lengkap, membantu para tetamu dan seorang pengantin muda yang meninggal dunia di hotel pada hari pernikahannya juga berkeliaran di dalam hotel indah ini. 

9. Hotel BallyGally Castle, Irlandia Utara

Dibina pada tahun 1625, Ballygally Castle kemudian diubah menjadi hotel, dan bekas Lady di istana, Isobel Shaw terus menakut-nakutkan tetamu dengan mengetuk-ngetuk bilik yang berbeza, sebelum menghilangkan diri. Isobel didapati meninggal dunia kerana membunuh diri dengan melompat dari jendela kamarnya akibat suami beliau mengucinya hingga kelaparan. 

10. Hotel El Convento, Puerto Rico


Awalnya rumah seorang janda perang, Dona Ana yang juga seorang bangsawansebelum menjadi biara bagi rumah para biarawati tempatan. Harta ini kemudian berubah fungsi menjadi hotel pada tahun 1960-an dan secara kekal dibuka sebagai hotel pada 1995. Suara berdehem seram sering terdengar, dan jubah biarawati sering ternampak oleh para pengunjung. Bahkan, beberapa tetamu mengaku dibangunkan oleh hantu Dona Ana jika mereka tidur terlambat.