Sunday 10 March 2013

Op Daulat: 2 anggota PGA cedera dalam serangan malam tadi

10 Mac 2013
Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
LAHAD DATU - Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam serangan berselang-seli yang berlarutan selama lapan jam di Kampung Tanjung Batu, dekat sini malam tadi.
  
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, serangan bermula pukul 8 malam sehingga 4 pagi ini menyebabkan dua anggota PGA, masing-masing berusia 25 tahun dari batalion Miri cedera di bahagian betis dan paha.
  
"Mereka yang cedera ketika sedang berkawal di kawasan kepungan itu diberikan rawatan di lapangan oleh pasukan perubatan angkatan tentera sebelum dihantar ke hospital di Sandakan," katanya dalam sidang media di markas operasi Op Daulat Felda Sahabat 16, hari ini.
  
Beliau berkata, serangan itu menunjukkan kumpulan militan tidak berhasrat menyerah diri atau melakukan gencatan senjata seperti yang dilaporkan media Filipina.
  
Laporan media Filipina sebelum ini memetik kenyataan Jamalul Kiram III, yang didakwa dalang pencerobohan itu, meminta kumpulan yang menceroboh Lahad Datu supaya meletak senjata selepas berlaku kematian di pihaknya ekoran gerakan ofensif dilancarkan pasukan keselamatan Malaysia.
  
Hamza berkata, jumlah tangkapan mereka yang disyaki terbabit dengan kumpulan penceroboh telah meningkat kepada 85 orang berbanding 79 sebelum ini.
  
Katanya, jumlah itu tidak termasuk 27 orang yang ditahan ketika berada di atas tiga buah bot di kawasan larangan Op Daulat pukul 10 pagi semalam di pantai Tanjung Batu.
  
Di sebalik tangkapan dan jumlah militan yang terbunuh, beliau memberi jaminan keadaan keselamatan di pantai timur Sabah adalah terkawal.
  
Op Daulat yang dilancarkan enam hari lalu menyaksikan 53 militan penceroboh telah ditembak mati.
  
Sejak pencerobohan 12 Februari lepas, lapan anggota polis terkorban, dua daripadanya gugur dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Simunul, Semporna sehari kemudian. - Bernama
2 termasuk remaja mati terkena tembakan pasukan keselamatan

10 Mac 2013
Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
LAHAD DATU -  Seorang remaja lelaki maut dan seorang lelaki cedera di kaki setelah terkena tembakan pasukan keselamatan dalam operasi memburu penceroboh di Kampung Sungai Bilis dekat sini hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kejadian pada 9.45 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang melakukan pemeriksaan ke atas lima individu yang berada dalam Zon Merah berhampiran Kampung Tanjung Batu.
"Ketika pasukan keselamatan sedang bergerak menjejak pengganas di kawasan sasaran di Kampung Sungai Bilis, muncul dua lelaki dan tiga wanita dewasa dari kawasan belukar berhampiran.

"Mereka segera ditangkap dan ketika sedang diperiksa kedengaran bunyi pergerakan dari kawasan belukar berdekatan di mana pasukan keselamatan secara spontan telah melepaskan tembakan ke arah belukar itu," katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di markas Op Daulat Felda Sahabat 16 di sini.

Beliau berkata, pemeriksaan segera yang dilakukan mendapati remaja lelaki itu yang dipercayai berusia antara 12 dan 15 tahun, terbunuh manakala seorang lelaki 30-an, cedera di kaki.

Ismail berkata, susulan itu, pasukan perubatan dikerah ke tempat kejadian untuk memberi bantuan kepada mangsa sebelum dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat dan rawatan lanjut.

Katanya, kesemua mereka, termasuk yang cedera dan terbunuh, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri manakala tiga wanita dan dua lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan.
Dalam perkembangan lain, Ismail mengesahkan enam individu ditahan di Semporna hari ini mengikut Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) kerana disyaki mempunyai kaitan dengan militan penceroboh.

Beliau berkata, dua daripadanya ditahan di Kampung Perigi Simunul pada 6.30 pagi dan selebihnya di Batu 1.5 Jalan Tawau-Semporna kira-kira dua jam selepas itu.
Ismail berkata, sehingga kini seramai 96 orang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh, manakala 66 orang lagi ditahan kerana memasuki zon larangan dalam kawasan Op Daulat. - Bernama
Op Daulat: Tiada tanda penceroboh mahu serah diri

10 Mac 2013
Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
KUALA LUMPUR - Op Daulat yang memasuki hari keenam hari ini menyaksikan kumpulan pengganas dari selatan Filipina terus digempur kerana tiada tanda mereka mahu menyerah diri sejak menceroboh Sabah 26 hari lepas.
Kumpulan penceroboh sebaliknya bertindak agresif sehingga menyebabkan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam insiden berbalas tembakan yang berlarutan selama lapan jam di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu malam semalam.
Tindakan itu mendapat reaksi segera Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang menyifatkan kumpulan pengganas itu tidak berhasrat menyerah diri atau melakukan gencatan senjata seperti yang dilaporkan media Filipina.
Susulan itu, pasukan keselamatan membabitkan polis dan angkatan tentera yang membentuk Op Daulat meneruskan operasi menjejak pengganas, dengan orang ramai sekali lagi diingatkan supaya tidak menghampiri kawasan Zon Merah yang ditetapkan sejak gerakan ofensif dimulakan Selasa lepas.
Ketika pasukan keselamatan agresif menjejaki musuh, seorang remaja lelaki berusia antara 12 dan 15 tahun maut terkena tembakan pasukan keselamatan pagi ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, kejadian secara tiba-tiba itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang memeriksa dua lelaki dan tiga wanita di Kampung Sungai Bilis sebelum terdengar bunyi pergerakan dari belukar berhampiran.
"Berikutan itu, pasukan keselamatan secara spontan telah melepaskan tembakan ke arah belukar tersebut," katanya pada sidang media pada 4.40 petang.

Ismail berkata operasi agresif pasukan keselamatan juga membawa kepada penahanan 96 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Sulu yang menceroboh Lahad Datu sejak 12 Februarilepas.
Turut ditahan adalah 66 yang lain kerana memasuki zon larangan dalam kawasan Op Daulat yang dilancarkan pada Selasa.
Gerakan ofensif juga kini dilebarkan ke kawasan baharu di Kampung Tanjung Batu selepas pasukan keselamatan menumpukan kepada operasi membersih dan
menggeledah di Kampung Tanduo, kira-kira lima kilometer dari kampung itu.
Sementara itu di Semporna, polis daerah itu menahan empat individu yang merupakan suspek penceroboh.
Mereka merupakan sebahagian daripada 33 orang yang ditahan dalam operasi selama dua jam di Kampung Pinggir Bakau kerana dipercayai melindungi dan
terlibat secara langsung dengan pengganas Sulu selain disyaki menyalurkan maklumat keselamatan kepada musuh.
Hari keenam Op Daulat juga menyaksikan sekumpulan wartawan dan jurugambar terserempak dengan anggota militan bersenjata ketika membuat tinjauan di Kampung Tanjung Labian, kira-kira 20 kilometer dari pusat media di Residental Felda Sahabat.
Sosok lelaki berpakaian serba hitam sambil memegang senjata itu dilihat berdiri berhampiran sebatang pohon kelapa sawit, kira-kira enam meter dari
kedudukan mereka. Bagaimanapun kesemua mereka tidak diapa-apakan.
Penduduk kampung itu juga dilihat tergesa-gesa meninggalkan kediaman masing-masing kerana bimbangkan keselamatan selepas mereka terdengar bunyi
tembakan dilepaskan dalam kawasan kampung berkenaan.
Pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan dari Sulu pada 5 Mac. Sepanjang konflik yang bermula 12 Februari itu seramai lapan anggota polis terkorban dan 53 musuh ditembak mati. - Bernama

SANTAI MALAM : Hati-hati siapa-siapa yang suka makan KANGKUNG ....



PENTING : WASPADA KETIKA MAKAN KANGKUNG ... Mungkin cerita ini dapat dijadikan perhatian kepada kita semua ketika hendak memakan sayur KANGKUNG.


Suatu hari, di klinik yang terkenal di Malaysia, semua doktor kebingungan kerana ada seorang budak kecil yang menderita sakit perut.

Budak itu dibawa ke klinik oleh ibu bapanya setelah 2 hari menderita cirit-birit.

Sudah pelbagai macam ubat sakit perut yang diberikan kepada budak itu, namun cirit-birit masih tidak sembuh.

Kemudian, ibu bapa budak tersebut ditanya doktor,

“makanan apa yang dimakan oleh anak anda dalam 2 hari ini?”

“ibubapanya bingung, kerana sejak anaknya cirit-birit, anak mereka tidak mahu makan dan hanya meminum susu dan itupun dimuntahkan balik.

Setelah diperiksa, ternyata sebelum menderita cirit-birit, budak berkenaan telah memakan Kangkung Tumis di restoran bersama kedua ibu bapanya.

Doktor segera melakukan X-RAY dan ternyata dalam usus anak tersebut telah membiak LINTAH dengan anaknya yang kecil-kecil.

Doktor menyerah dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medik apapun kerana kes sedemikian adalah luar kemampuan mereka.

Akhirnya, budak malang itu pun MENINGGAL DUNIA.

Setelah diperiksa kembali, ternyata Lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.

Memang, untuk penggemar kangkung tumis, bahagian yang paling sedap adalah BATANGNYA.

Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walaupun dimasak selama 20 minit, apalagi untuk kangkung tumis, proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap dan rangup ketika dikunyah.

Lintah hanya akan MATI jika DIBAKAR.

Di dalam usus budak malang itu, lintah hanya perlu masa 1 – 2 hari untuk membiak.

Jika ada keluarga atau sahabat yang mengalami hal tersebut, lakukan tindakan dengan memberi minum air rendaman tembakau (boleh dihasilkan daripada rokok tembakau) biasanya lintah akan keluar dan dalam keadaan mati.

Dan disarankan bila anda memasak kangkung sila belah batangnya dan bersihkan dengan air secukupnya.

Mencegah lebih baik dari merawat.

THAI-BEAUTY

THAI-TOP-TEN-BEAUTIFUL

ผลงานปี 2011

Nanthawan Wannachutha นันทวัน วรรณจุฑา Asian Top Female Model of The year 2011 (ชนะเลิศ)
Nanthawan Wannachutha นันทวัน วรรณจุฑา Asian Top Female Model of The year 2011 (ชนะเลิศ)

Rodsathorn Jiarakorn รสธร เจียรากร Supermodel of Asia Pacific 2011 (ชนะ Miss Hospitality By Pathumwan Princess Hotel)
Rodsathorn Jiarakorn รสธร เจียรากร Supermodel of Asia Pacific 2011 (ชนะ Miss Hospitality By Pathumwan Princess Hotel)
Dorine Waldvogel โดรีน พูลเกษม แซ่อึ๋ง Miss Chinese World 2011 (ชนะ Miss Sunway Charm และ Best in Talent)
Dorine Waldvogel โดรีน พูลเกษม แซ่อึ๋ง Miss Chinese World 2011 (ชนะ Miss Sunway Charm และ Best in Talent)
Araya Supharuek อารยะ ศุภฤกษ์ Supermodel of Asia Pacific 2011 (ชนะ 1st Runner Up)
Araya Supharuek อารยะ ศุภฤกษ์ Supermodel of Asia Pacific 2011 (ชนะ 1st Runner Up)
Pattida Ratmanee พัทธิดา รัตน์มณี Miss Model of the World 2011 (ผู้เข้าประกวด)
Pattida Ratmanee พัทธิดา รัตน์มณี Miss Model of the World 2011 (ผู้เข้าประกวด)
Marissada Chirasevinupraphand มริสฏา จิรเสรีประพันธ์กุล Miss Asia Pacific World 2011 (ชนะ Best Asia-Pacific Costume)
Marissada Chirasevinupraphand มริสฏา จิรเสรีประพันธ์กุล Miss Asia Pacific World 2011 (ชนะ Best Asia-Pacific Costume)
Panika Vorraboonsiri ปาณิกา วรบุญศิริ Miss Yacht Model International 2011 (ผู้เข้าประกวด)
Panika Vorraboonsiri ปาณิกา วรบุญศิริ Miss Yacht Model International 2011 (ผู้เข้าประกวด)
Nasuda Jiraskhiran ณสุดา จีรศักดิ์หิรัญ World Miss University 2011 (เข้าร่วมประกวด)
Nasuda Jiraskhiran ณสุดา จีรศักดิ์หิรัญ World Miss University 2011 (เข้าร่วมประกวด)

WAJAH CANTIK WANITA KOREA UTARA-PELAN2-TGOK

http://www.koreabang.com/wp-content/uploads/2012/11/koreaBANG-north-korean-girls-have-popular-image-in-south-korea-18.jpghttp://www.koreabang.com/wp-content/uploads/2012/11/koreaBANG-north-korean-girls-have-popular-image-in-south-korea-19.jpgkoreaBANG-north-korean-girls-have-popular-image-in-south-korea-27koreaBANG-north-korean-girls-have-popular-image-in-south-korea-28koreaBANG-north-korean-girls-have-popular-image-in-south-korea-38