Tuesday 19 March 2013

Wanita Pertama Yang Mati Syahid Kerana Allah





Sumayyah binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.



Sumayyah binti Khayyath adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah. Kerana banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.



Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniai anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.



Suatu hari, Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya.



Mendapat khabar gembira, Ammar segera menceritakan kepada ayah bundanya. Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti bahkan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.



Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka.

Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan.



Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus dengan pasir yang sangat panas.



Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaks Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, iaitu syurga.



Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.


Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, "Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempatyang dijanjikan bagi kalian adalah syurga."

Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.
Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang teriontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat "Ahad..Ahad.." seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.

Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan membunuh Sumayyah. Adalah Abu Jahal yang melaksanakan perbuatan keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak tersebut menembusi dada Sumayyah.

Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah. la rela mengorbankan segala-galanya, termasukjiwa dan raganya demi Islam.

Sumayyah binti Khayyath syahid dengan meninggalkan teladan yang luar biasa. Tidak hairan ia menjadi wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya. "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi?" (Surah Al Ankabut, ayat 2).
anda juga mungkin meminati-

cer-klik-gambo-ni
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tidakkk! gambar ni betul-betul membuatkan saya hilang selera makan malam ni..tak sanggup nak telan benda putih tu woiiii..

Apa punya orang lah tak ada kerja lain kah mau buat? alang-alang saya dah hilang selera, apakat kata korang share gambar ni biar lagi ramai hilang selera dan muntah kuning hahaha.

25 Perempuan yang Paling Extreem di Dunia




Kali ini sy postkan 25 perempuan yg mempunyai badan paling extreem di dunia sama ada terbesar, terkecil, terpanjang, terpendek dan macam2 lagi..jom kita mulakan dgn yg pertama, namanya Svetlana Pankratova yang memiliki kaki terpanjang di dunia….Enjoyyy!!

1. Perempuan Kaki Terpanjang di Dunia



Svetlana Pankratova memiliki kaki terpanjang di dunia seperti mana yg tercatat dalam new Guinness Book of World Records….. panjang kakinya adalah 132cm…..panjangkan..Dalam pic yg kat bawah tu adalah Mr Pingping yg mana adalah lelaki terkecil di dunia kini.

2. Noorsyaidah, Perempuan Berdawai Besi yang Tumbuh Dari Badan



Noorsyaidah ni adalah pengasuh bayi yang Indonesia ni dikatakan memiliki dawai besi yang sepanjang 10-20 cm yang didapati tumbuh dari dalam badannya. Menurutnya lagi, wayar yg tumbuh dalam badannya tu dah tumbuh sejak 20 tahun lalu lagi. Menurutnya jg, walau dah berulangkali dia potong dawai besi tersebut, ia tetap tumbuh sebulan kemudian

3. Wanita Tua Dari Belanda yg Menelang Cutlery (Sudu & Garpu)





Beberapa pakar bedah terkejut apabila melihat X-rays seorang perempuan tua dari Blanda menunjukkan 78 jenis cutlery berada pada dalam perut perempuan yg berumur 52 tahun yg bernama. Nama wanita ni Margaret Daalman. Katanya dia sendiri tak tau kenapa jadi macam ni, tp menurutnya dia rasa tak dapat menahan diri sendiri apabila melihat benda2 ni…isk..tak paham aku.

4. Perempuan bertanduk, bertatu, dan mencucuk badan dgn benda tajam.





Gelarannya adalah La Negra bg wanita ubahsuai ini. Dia memiliki tanduk, tatu, tindikan dan lidah bercabang. Walaupun penampilannya sebegini, menurut ibu dari Argentina masa skolah dulu, famili dia memang lah tak setuju dgn apa yang dia buat ni dulu, tapi dia tak dapat nak menolak dgn obsesi penampilan anehnya ini .

5. Masih terlalu muda?? Inilah wanita tertua di dunia



Pada umur 130 tahun, Sakhan Dosova, dari Kazakhstan ini percaya untuk menjadi perempuan yang tertua hidup dalam masyarakat dunia, dan dia ni dah tinggal jauh pesaing dia di mana 16 tahun lebih tua. Cara nak kekal hidup lama ni menurutnya mudah je, hidup mesti ada perasaan kelakar, jauhkan diri dari gula dan doktor…ha-ha-ha.

6. Perempuan Rambut Terpanjang Di dunia



Perempuan yang memiliki rambut terpanjang di dunia ni dipegang oleh Xie Qiuping dari China iaitu sepanjang 5.627 m (18 kaki 5.54 inci) dan derekodkan pada 8 May 2004. Rambutnya itu disimpan sejak tahun 1973 sejak umur 13 tahun lagi…katanya, dia takde niat pun nk book Vidal Sassoon Saloon di Pixie utk potong rambutnya tu…he-he-he

7. Perempuan dgn Pinggang Teramping di Dunia



Cathie Jung’s memiliki pinggang kurang daripada 15 inci sahaja. Katanya utk jadi sekecil ini, dia dah memakai corset sejak berumur 12 thn lagi..sekarang ini org yang ramping mcm dia ni dah lebih kurang 100 orang tau….apa la motif wat ramping mcm ni…pelik-pelik

8. Perempuan dengan kuku terpanjang di dunia



Lee Redmond dari US ni dikatakan dh tak potong kukunya sejak tahun 1979 lg tu…dan sejak rekod ini diukur pada saat tu, panjang kukunya dah mencecah 8.65 meter. Dah la kuku panjang, dressing pun tak ingat dunia…ntah mcm mana la bau kuku dia ni…..beribu2 kuman bersarang tu…iskkkkk

9. Perempuan lidah terpanjang di dunia



Budak sekolah dari German ni namanya Annika Irmler dah menjilat rekod dalam Guinness Book of Records dgn lidahnya sepanjang 7cm. Kata kawan-kawan sekolahnya, dgn kepanjangan lidah ni dia blh buat duit la suatu ari nanti…Jangan buat duit dalam filem biru sudah…ha-ha-ha

10. Perempuan yang paling banyak bertindik di dunia



Pada 9 Ogost 2001, Elaine Davidson dari Edinburgh, dah pecahkan rekod dunia dgn bertindik sebanyak 720 penindik. Sebenarnya dia dah pecah rekod dunia pada tahun 2000 lagi bila Guinness World Records telah mendapati dia memiliki 462 penindik yang didapati di beberapa tempat di badan dan termasuk 192 tempat di mukanya.




11. Perempuan yang badannya paling fleksibel di dunia



Norkulunga Buthelezi, juga dikenali sebagai “Perempuan Ular” adalah dikatakan perempuan yang memiliki badan paling feksible di dunia. Bakatnya itu ditemui dalam Dutch talent show




12. Mata terkeluar yang paling lebih di dunia



Kim Goodman dari US, boleh mengeluarkan bijimatanya dgn jarak 12 mm (0.47 in) Ukuran ini diambil di Istanbul pada 2 Nov 2007 dan telah mengalahkan kaum lelaki yang memiliki keupayaan seumpamanya.. buat sakit mata kita je tgk mata dia ni…ha-ha-ha

13. Emak Paling Mini



Tingginya hanya 3 kaki 9 inci sahaja, Karina White sebelum ini di beritahu bahawa dia tak mampu untuk jadi seorang emak dgn ketinggiannya ini dan kemungkinan dia tak mampu utk mengandung dan melahirkan anak. Bagaimanapun, wanita 33 tahun ini membuktikan dakwaan doktor2 yang menasihatkan dia tu terbukti salah apabila dia mampu untuk melahirkan bayi yang sihat pada minggu yang ke 33.

14. Perempuan paling tinggi di dunia



Yao Defen dari China, bercita-cita untuk menjadi perempuan paling tinggi di dunia ini bagi mengalahkan rekod dari The Guinness Book of World Records iaitu perempuan yang berasal dari iaitu Sandy Allen, ketinggian yang di catatkan adalah 7’9? (236.2cm).. Blh jadi tiang bendera ni……ha-ha-ha

15. Perempuan terkecil di dunia



Perempuan terkecil di dunia ni hanya berukuran 79cm je pada umur 19 thn. Namanya Zhu Haizhen, dari China, Rekodnya dah tercatat dalam the Guinness World Records sebagai perempuan dewasa yang terkecil di dunia dengan beratnya hanya 10kg je. Keciknyaaaaaaaa…..

16. Perempuan Kembar Siam paling lama hidup di dunia





Abigail dan Brittany Hensel, baru je sambut kelahirannya yang ke 18 tahun direkodkan sebagai perempuan kembar siam yang paling lama hidup di dunia ini. Mereka ni bukan sahaja berkongsi badan, mereka juga mampun main bola tampar dan pergi berenang sama-sama. Apa yang hebat jg, derang ni mampu memandu kereta sama-sama. Kira dia menakjubkan jugalah sebab mampu share dan buat perkara sama sekaligus walaupun berkongsi kepala yang lain. >>> macammanalah kalo dia ni jatuh cinta dan kawen nanti…auwwww

17. Perempuan paling kuat di dunia



Jaguh angkat berat Korea Selatan ini namanya Jang Mi-ran dikira sebagai perempuan remaja yang paling kuat di dunia dgn angkat berat seberat 275lb, Jang telah memenangi pingat emas dalam pertandingan angkat berat di Olympics Beijing dalam kelas super-heavyweight dan memecahkan semua rekod dunia pada masa itu.

18. Ibu Paling Tua di dunia



Omkari Panwar, 70, dari India baru-baru ini jadi pemegang rekod ibu yang paling tua di dunia apa bila melahirkan kembar 2. Katanya “Jika saya jadi ibu yang paling tua di dunia tak memberi apa-apa makna padanya, dan saya hanya ingin melihat bayi ini dan menjaganya pada saat saya terdaya ini”

19. Perempuan paling pantas meliukkan badannya



Leslie Tipton bejaya dalam kedudukannya di Guinness Book of Records dgn menjadi org paling pantas meliukkan badannya keluar dari baggage dgn tempoh hanya 13.31 saat sahaja.

20. Perempuan yang paling banyak habiskan duit utk Pembedahan kosmetik



Cindy Jackson memegang rekod org paling banyak buat pembedahan kosmetik di dunia apabila lebih 30 kali prosedur pembedahan termasuk keseluruhan wajahnya

21. Perempuan paling banyak bertatu di dunia



Apabila perempuan yang seumurnya dok rehat2 je kat rumah menghabiskan usia tuanya. Nenek pelik ini, Isobel Varley, dah pecahkan rekod dunia apabila menjadi perempuan yang paling banyak bertatu dalam planet ini. Nenek ini dah merantau dunia semata-mata nak menunjuk-nunjuk tatunya tanpa motif.

22. Orang Paling Kuat Bertempik di dunia



Jill Drake, dari Tenterden, Kent telah memegang rekod bertempik paling kuat di dunia. Setalah melawat Millennium Dome, baru dia sedah yang dia ni blh bertempik dgn begitu kuat sekali..apabila diukur kekuatan tempikannya itu dia terkejut apabila mencecah 129 decibels…kuat dari semua orang di bumi ini.

23. Perempuan yang payudaranya terbesar di dunia.



Norma Stitz Nee Annie Hawkins-Turner dari Georgia ini berbangga apabila memiliki payudara paling terbesar di dunia seperti dalam gambar di atas ini. Berat payudaranya dalam ukuran lbs adalah 28 lbs pada tahun 1999 dan ia terkandung dalam The Guinness Book of World Records meletakkan namanya sebagai perempuan yang memiliki payudara terbesar di dunia.

24. Perempuan yang bercakap paling pantas di dunia



Fran Capo adalah orang paling pantas bercakap di dunia apbila ia mampu bercakap sebanyak 603.32 perkataan dalam tempoh 54.2 sesaat sahaja atau 11 perkataan sesaat. Dia kiranya dah memecahkan rekod ini sebanyak 2 kali apabila rekod pertamanya dicatatkan dalam ”Larry King Live Show pada 5 Mac 1986 apabila dia bertutur sebanyak 585 bilangan perkataan perminit dan kali kedua di Guinness Museum di Vegas. Wooooooooo!!

25. Perempuan terpantas di dunia Florence Griffith Joyner,



nickname nya FloJo nie dah pegang rekod 100 meter perempuan sejak 16 Julai 1988 lagi. Lariannya pada masa tu adalah selama 10.49 sesaat dan sehingga kini tiada siapapun yang mampu menandinginya

13 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia


Anda mahu merasai sendiri berada di tempat-tempat yang paling berhantu? Terdapat banyak kawasan yang boleh dikategorikan paling berhantu di Malaysia. Ini mungkin kerana terlalu banyak kejadian-kejadian aneh yang berlaku dikawasan tersebut sehinggakan kawasan tersebut menjadi lokasi yang paling menakutkan kepada orang ramai.

Antara beberapa tempat paling misteri di Malaysia ialah:

1.HIGHLAND TOWER,KUALA LUMPUR

HIGHLAND TOWER,suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat.Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.

2.BANGLO MONA FANDEY

Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh,Pahang yang telah menggemparkan dunia.

3.KEMAYAN CITY,JOHOR BAHRU


Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama.Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.

4.LEBUHRAYA KARAK


Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini.Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.

5.VILLA NABILA,JOHOR BAHRU


Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut.


6.AMBER APARTMENT,GENTING HIGHLAND


Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.

Antara tempat-tempat yang berhantu lain ialah:


7. Simpang-T Georgetown Pulau Pinang - lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.

8.Institusi St Michael, Ipoh - Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.

9. Malay College Kuala Kangsar(MCKK) , Kuala Kangsar Perak - Seperti Institusi St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu. Pelar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan.

10. Victoria Intitution, Kuala Lumpur - Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.

11. Bukit Tungku, Kuala Lumpur - Satu kawasan yang menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam.Terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaib ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada waktu siang.

12. Rumah ADO Menumbok, Sabah - Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari seminggu dalam rumah tersebut.Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja.Bermacam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.

13. Penjara Pudu - Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.

Lelaki Dirogol Dan Diliwat Secara Bergilir-Gilir Oleh Wanita




Tiga wanita di Zimbabwe telah didakwa melakukan serangan seks atau rogol kepada lelaki dan menggunakan air mani mangsa mereka untuk upacara ilmu hitam.

Sisters Sophie, 26, Netsai Nhokwara, 24, dan Rosemary Chakwizira, 28, telah didakwa di mahkamah Harare berkaitan dengan rentetan serangan seks ke atas mangsa yang kali pertama membuat laporan dua tahun yang lalu.

Mereka turut ditahan bersama-sama Thulani Ngwenya, 24, yang merupakan teman lelaki Sophie Nhokwara.

Menurut akhbar Zimbawe, The Herald melaporkan wanita ini dilaporkan memberi tumpang kepada remaja berusia 19 tahun pada Mac tahun ini dan kemudian memabukkannya dengan bahan yang tidak diketahui.

Ketiga-tiga wanita dibawa ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan melakukan serangan seksual atau rogol.

Pendakwa Raya Michael Reza memberitahu mahkamah bahawa mereka didakwa memaksa remaja tersebut memakai kondom sebelum mengadakan hubungan seks dengan ketiga-tiga mereka.

Mereka kemudiannya mengambil kondom yang mengandungi air mani dan meninggalkan mangsa yang tidak sedarkan diri selepas disemburkan bahan yang tidak diketahui pada mukanya.

Pada 22 Ogos, mereka didakwa telah menumpangkan seorang askar dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka selepas diancam akan ditembak jika enggan, pendakwa memberitahu kepada mahkamah.

Dalam kes lain, ketiga-tiga mereka dikatakan telah berhenti di sebelah seorang anggota polis, mengheretnya ke dalam kereta selepas berpura-pura bertanyakan arah jalan dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka.

Kumpulan perogol wanita ini menggunakan kereta yang berbeza untuk menahan 15 orang lelaki dan merogol mereka.

Mereka telah ditahan terlibat dalam satu kemalangan di mana seorang pejalan kaki terbunuh. Polis menemui 33 kondom yang telah digunakan dan mengandungi air mani di dalam but kereta.

Majistret Kudakwashe Jarabini tidak membenarkan ikat jamin bagi keempat-empat tertuduh.

Sehari sebelum mereka dibawa ke Harare, lebih daripada 50 orang menyerbu ke balai polis Gweru di mana ketiga-tiga wanita ini telah ditahan.

Apabila wanita ini disoal siasat oleh polis, penduduk tempatan telah berkumpul di luar. Salah seorang daripada mereka, Nkululeko Ndlovu berkata: "Orang ramai perlu diberi peluang untuk melihat wanita-wanita ini Kami mahu tahu apa yang mereka telah lakukan dengan air mani tersebut."

Seorang lagi penduduk, Mangoma Mary, berkata "Mereka sangat mewah dan membuat wang melalui perbuatan ini."

"Mereka akan mengubah gaya rambut mereka dalam masa kurang daripada tiga hari dan saya mengkagumi mereka, tetapi sekarang saya tahu bahawa ia bukannya wang yang bersih."

Watch Ruparanganda, seorang profesor sosiologi di Universiti Zimbabwe, berkata sperma sering digunakan dalam ritual kerana ia dikaitkan dengan penghidupan semula hidup.

''Orang percaya sperma boleh membuat nasib seseorang bertambah baik,''katanya, sambil menambah bahawa peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab berselindung di sebalik wanita ini.

Daily News Zimbabwe melaporkan bahawa air mani yang digunakan dalam ritual pemujaan ini ibarat pisang "panas" di Afrika Selatan, di mana kondom yang penuh dengan cecair mani boleh dijual sehingga mencecah sebanyak AS $ 390 (RM1, 215).

Dalam berita yang berasingan pula di HARARE, seorang lelaki Zimbabwe mendakwa sekumpulan tiga wanita menculik, memberinya dadah sebelum merogolnya dalam kejadian serangan seks ke atas lelaki yang berlaku buat kali kelima dalam tempoh setahun, kata seorang jurucakap polis semalam.

Lelaki berumur 26 tahun itu memberitahu polis dia ditawarkan untuk menumpang kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan di bandar Bulawayo selatan Zimbabwe.

Namun, lelaki itu kemudian tidak sedarkan diri apabila tubuhnya ditolak ke belakang manakala kepalanya ditutup dengan pakaian semasa berada di dalam kenderaan tersebut.

Dia mendakwa tidak sedarkan diri selepas diberikan sejenis bahan yang rasanya seperti alkohol.

"Selepas dia terjaga, lelaki itu berada dalam keadaan bogel dan wanita-wanita itu merogolnya bergilir-gilir dan menderanya," kata jurucakap polis itu, Wayne Bvudzijena.

Lelaki itu memberitahu polis, dia tidak sedarkan diri selepas serangan itu tetapi kumpulan wanita tersebut kemudian bertindak meninggalkannya.

"Wanita-wanita itu mengambil wang sebanyak AS$300 (RM929.25) dan telefon bimbit," kata jurucakap polis tersebut.

Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu merupakan serangan kali yang kelima dilaporkan pernah berlaku di beberapa tempat di negara ini melibatkan sekumpulan wanita pelbagai saiz badan.

"Ia mungkin satu kumpulan atau lebih yang melakukan kejadian itu. Dalam semua kes, si mangsa tidak sedarkan diri dan mereka diberikan dadah supaya berasa pening," kata jurucakap tersebut.

Serangan seks yang dilakukan oleh sekumpulan wanita ke atas seorang lelaki dilaporkan buat kali pertama pada November tahun lalu.

Menurut akhbar Herald, dalam serangan itu, tiga wanita menculik seorang lelaki berumur 18 tahun.

Pada Februari lalu, empat wanita memaksa seorang lelaki berumur 25 tahun untuk melakukan hubungan seks dengan mereka.

Bulan lalu, seorang lelaki berumur 44 tahun yang dipaksa memakai kondom menjadi mangsa rogol dua wanita.

Seramai tiga wanita turut merogol seorang lelaki berumur 30 tahun yang telah diberikan dadah.

Berdasarkan undang-undang Zimbabwe, dakwaan merogol hanya dikenakan terhadap lelaki.

Kes berikut pula di tempat yang lain. Dalam satu artikal yang saya perolehi dr Agensi


PAPUA - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun diserang oleh 10 orang wanita yang bersenjatakan pisau di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pegawai polis, Teddy Tei memberitahu, sekumpulan wanita tersebut menyerang remaja sekolah tersebut pada Jumaat lepas.

"Lebih 10 wanita bersenjatakan pisau menyerang remaja tersebut dan empat daripadanya telah mengadakan hubungan seks dengannya.

"Saya selalu memberi amaran kepada wanita untuk berhati-hati pada waktu malam, namun kini saya memberi amaran tersebut kepada lelaki juga," katanya.

Tei memberitahu, dia bimbang wanita-wanita tersebut mungkin menghidap HIV/AIDS dan telah menjangkiti remaja tersebut. - Agensi

cubaan bunuh diri

Kejam! Gambar Pengganas Sulu Penggal Leher Serta Cebisan Paru Paru & Hati Anggota Keselamatan Kita..!




Bukan untuk mengaibkan perwira negara yang telah terkorban tapi rasanya sudah tiba masanya untuk aku dedahkan kezaliman yang telah dilakukan oleh pihak pengganas! Mayat anggota polis yang ditemui telah dicacatkan dengan kejam oleh penganas bersenjata!

Dibawah laporan utusan:

Keadaan mayat salah seorang anggota polis yang dipenggal kepalanya ketika diserang hendap oleh pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah, baru baru ini. Bulatan atas, anggota badan manakala bulatan bawah, kepala - UTUSAN


Cebisan organ paru paru dan hati salah seorang anggota polis yang dibunuh kejam oleh pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Sabah, baru baru ini - UTUSAN

Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.

Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.
copy...dari--blog-jinggo